SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011

SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011
Skuad 42 RELA Yang Dipilih Oleh IPD MT Sejak 2009 Untuk Operasi Benteras Lumba Haram (Mat Rempit) Hendak Dibubarkan???

Rabu, 28 Julai 2010

Taklimat Pengenalan Rela Siri 3/2010




Dalam sasaran mencapai 2.5 juta ahli RELA baru menjelang 2012, selain dari aktiviti pendaftaran ahli yang rancak berjalan sekarang, satu Taklimat Pengenalan RELA Siri 3/2010 telah diadakan pada 17 Julai 2010 (hari sabtu) yang lalu oleh pihak Pejabat RELA Daerah Melaka Tengah di Kompleks Japerun Bachang, Melaka di mana seramai hampir 80 orang telah mengikuti taklimat sehari yang berjalan dengan lancar. Taklimat tersebut diketuai oleh PRD Melaka Tengah Left. Kol (RELA) Musa Bin Aman dengan dibantu 2 orang PPRD beliau dan beberapa orang anggota RELA yang bertugas.

Dengan sessi penerangan, latihan kawat kaki dan taklimat pelbagai topik yang berkaitan perkembangan RELA khususnya displin dan tatacara berpakaian telah diberikan penekanan dan pendedahan sewajarnya bagi setiap orang yang baru menjadi anggota RELA. Turut disentuh mengenai kursus-kursus yang boleh diikuti selepas menghadiri taklimat tersebut, telah mendapat sambutan dan pertanyaan berkaitan kursus yang dianjurkan masa sekarang oleh pihak Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang. Maklumbalas yang diterima oleh KPRM Bachang dari para hadirin lebih memfokuskan taklimat sebegini seharusnya dijalankan pada hari cuti iaitu hari ahad agar lebih ramai lagi ahli-ahli baru dapat menyertai aktiviti taklimat tersebut dan memohon agar dapat diadakan satu lagi sessi taklimat selepas hari raya Aidil Fitri memandangkan ramai ahli baru yang tak dapat hadir (masih bekerja) pada taklimat kali ini. Insya AL'lah, perbincangan akan diadakan bagi merealisasikan hasrat ahli-ahli baru khususnya di kawasan Dun Bachang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sila berikan ulasan/komen yang bernas untuk kebaikan bersama.