SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011

SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011
Skuad 42 RELA Yang Dipilih Oleh IPD MT Sejak 2009 Untuk Operasi Benteras Lumba Haram (Mat Rempit) Hendak Dibubarkan???

Peranan RELA


PERANAN DAN FUNGSI RELA

- Melaksanakan operasi menangkap PATI

- Memelihara keselamatan dan keamanan setempat (tugas rondaan mencegah jenayah)

- Menjalankan aktiviti-aktiviti 'Geraksaraf dan Perangsaraf'

- Bertindak sebagai 'Mata dan Telinga' Kerajaan

- Menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat

- Membantu agensi--agensi penguatkuasa lain seperti PDRM, JIM, KPDN & HEP, JPJ dan PBT Menangani Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Mulai 1 Februari 2005, RELA telah diberi kuasa di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005 untuk memeriksa dan menangkap PATI. Sejak 1 Mac 2005 sehingga 31 Disember 2009, seramai 111,852 PATI berjaya ditahan oleh RELA melalui operasi tegas yang dilaksanakan di seluruh negara.Selangor merupakan mencatatkan jumlah tangkapan yang tertinggi dengan seramai 43,052 orang, diikuti Perak dengan seramai 28,645 orang dan Kuala Lumpur dengan 24,361 PATI. Setiap daerah dikehendaki menjalankan operasi empat (4) kali sebulan dan mensasarkan tangkapan yang lebih besar.


SEMASA DARURAT

Anggota-anggota RELA telah dilatih dan diberi kesedaran bahawa kewujudan RELA adalah sebagai langkah Kerajaan untuk mengembeleng tenaga rakyat jelata dalam menghadapi situasi kecemasan/darurat yang boleh mengancam kedaulatan dan kemerdekaan Negara.



SEMASA AMAN

Peranan RELA semasa aman terbahagi kepada :-

* Bidang keselamatan - mengumpul dan menyampaikan maklumat penting kepada agensi-agensi Kerajaan seperti Kastam, Polis, Imigresen dan lain-lain agensi Kerajaan.

* Menjalankan rondaan membantu pencegahan jenayah.

* Membuat tangkapan (jika perlu) untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.


SEMASA BENCANA ALAM
 
Anggota RELA sentiasa bersiap sedia membantu mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, ribut, kebakaran, tanah runtuh dan seumpamanya.



PEMBANGUNAN SOSIAL (PROJEK BAKTI RELA)

* Pembinaan/baik pulih rumah orang daif

* Membantu agensi-agensi tertentu menyediakan keperluan asas (projek kecil) luar bandar

* Gerakan basni musuh tanaman

* Kempen menderma darah dan lain-lain



TATACARA PENGENDALIAN OPERASI (SOP)

1. Setiap operasi RELA yang dikendalikan sentiasa berlandaskan kepada tatacara pengendalian operasi (SOP) dan arahan tetap Ketua Pengarah RELA.

2. Pengendalian operasi berlandaskan kepada kuasa yang diberikan kepada RELA seperti yang termaktub di bawah Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005.

3. Orang ramai yang mempunyai keraguan tentang tatacara pengendalian sesuatu operasi RELA boleh merujuk kepada mana-mana pejabat RELA yang berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat RELA untuk mendapatkan maklumat lanjut SOP.