SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011

SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011
Skuad 42 RELA Yang Dipilih Oleh IPD MT Sejak 2009 Untuk Operasi Benteras Lumba Haram (Mat Rempit) Hendak Dibubarkan???

Syarat Anggotai RELA

Syarat Syarat Am Untuk Menjadi Ahli RELA

- Warganegara Malaysia.

- Umur 16 tahun dan ke atas.

- Sihat tubuh badan.


Kecuali

- Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.

- Ahli-ahli Jemaah Menteri dan ahli-ahli mana-mana Majlis Parlimen.

- Ahli-ahli bagi mana-mana Majlis Mesyuarat Kerajaan atau mana-mana Dewan Undangan sebagaimana ditakrif dalam Perlembagaan.

- Wakil-wakil Diplomat atau Konsul yang bertauliah dan pekerja-pekerja diplomat dan konsul yang tidak berdomisil di Malaysia.

- Orang-orang yang bekerja dalam Perkhidmatan Kerajaan mana-mana anggota Komanwel lain daripada Malaysia dan yang ada di Malaysia semata-mata oleh sebab mereka bekerja alam perkhidmatan itu.

- Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Angkatan Tentera Persekutuan.

- Anggota-anggota yang sedang berkhidmat dalam Pasukan Sukarela Tentera Laut DiRaja Malaysia.

- Pasukan Pertahanan Tempatan, Pasukan Sukarela Tentera Udara DiRaja Malaysia.

- Anggota-anggota Pasukan Polis.

- Orang-orang sakit otak dalam pengertian mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

- Orang-orang yang diperakui sebagai buta oleh pengamal perubatan berdaftar.

- Ahli-ahli Pasukan Bomba yang disenggara di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia.

- Mana-mana orang lain atau mana-mana golongan orang lain yang dikecualikan daripada peraturan-peraturan ini dengan perintah Menteri.