Dalam dunia yg serba mencabar ini, peranan Pegawai & Anggota RELA khususnya di Kawasan Dun Bachang, Melaka dapat memainkan peranan yang penting bagi memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama masyarakat dalam mengembling tenaga dan usaha bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam berkekalan.
Justeru itu, pelbagai aktiviti bercorak sosial dan kemasyarakatan dapat diterapkan secara konsisten dan padu agar ada pautan keseimbangan pembangunan dan pemodenan negara yg kita cintai.. MALAYSIA mencapai wawasan sebagai negara MAJU menjelang tahun 2020. Bagaimanapun disebalik mengejar kemajuan, faktor-faktor seperti jati diri dan ketahanan mental serta fizikal harus ditingkatkan agar tidak mudah ampuh dalam meniti badai-badai kehidupan yang selesa buat masa kini, tiada jaminan kalau kita semua leka ataupun ambil mudah dalam segala perkara, keselamatan dan kehormatan negara kita bisa tergugut DALAM SEKELIP MATA SAHAJA.
Oleh demikian, Marilah Saudara-Saudaraku Dari Berbilang Bangsa Dan Agama!
Kita bersatu padu dan berganding bahu memikul amanat negara dan pemimpin yang kita hormati bagi memastikan tiada anasir-anasir perosak dan subversif wujud dengan selesa di antara kita dengan menyebarkan dakyah SONGSANG serta agenda JAHAT yang seringkali cuba menerapkan rasa irihati dan sifat cemburu di atas kesepakatan dan kehormanian hidup kita bersama hari ini.
Penyakit-penyakit yang kerosakan masyarakat kini seperti maksiat songsang, najis dadah, samseng jalan raya, peragut dayus dan sebagainya.. menjadi Agenda UTAMA kita untuk dilumpuhkan dan dibenteraskan sama sekali dari atas muka bumi Negeri Melaka khususnya, agar anak bini kita boleh hidup dengan aman damai dan dapat menyambung warisan peninggalan usaha yang kita bina sekarang. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT!!!
Insya AL'lah, moga tuhan memberkati usaha kita ini...
Salam Nukilan dari saya buat seketika.. Kapt.(RELA)Suhaimi Othman
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sila berikan ulasan/komen yang bernas untuk kebaikan bersama.