SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011

SKUAD 42 RELA BERJAYA MENGHARUNGI CABARAN 2011
Skuad 42 RELA Yang Dipilih Oleh IPD MT Sejak 2009 Untuk Operasi Benteras Lumba Haram (Mat Rempit) Hendak Dibubarkan???

Sabtu, 31 Julai 2010

Aktiviti Operasi Benteras Samseng Jalan Raya IPD Melaka Tengah (SKUAD 42)






Kerap kali terpampang perilaku tak sihat dan keruntuhan moral yang boleh merbahayakan keselamatan kenderaan dan nyawa orang awam khususnya aktiviti merempit dan berlumba secara haram oleh anak-anak muda di jalan raya yang boleh mengundang kemalangan dan kematian pada diri mereka sendiri secara langsung.

Pihak kerajaan telah melancarkan dasar memerangi `Mat Rempit' @ `Samseng Jalan Raya' dengan menguatkuasa operasi secara besar-besaran bagi membenteras aktiviti tersebut dari berluasa. Pihak IPD Melaka Tengah telah menubuhkan satu pasukan dikenali SKUAD 42 yang terdiri penyertaan dari agensi-agensi seperti RELA, MKJR dan PVR. Pihak Trafik IPD Melaka Tengah sendiri mengetuai skuad tersebut dalam setiap operasi yang dijalankan. Pada awalnya seramai 22 orang pegawai & anggota RELA telah dipilih untuk menganggotainya oleh pihak IPD Melaka Tengah di mana kelulusan telah diberikan oleh Dato' Ketua Pengarah RELA Malaysia pada bulan Julai 2009 yang lalu. Bermulalah episod aktiviti pasukan RELA secara langsung dalam operasi-operasi SKUAD 42 sehingga sekarang. Dalam operasi khas tertentu, anggota RELA tambahan akan dipanggil dari platun-platun lain sebagai pendedahan dan pengalaman mereka tentang objektif dan cara-cara beroperasi dan sekatan jalan raya yang biasa dilakukan oleh pihak PDRM sebelum ini.

Dari masa ke semasa, pelbagai kejayaaan tangkapan dan penyitaan motosikal yang banyak melakukan kesalahan jalan raya, lebih-lebih lagi mereka yang telah disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu dengan cara memandu secara melulu dan membahayakan. Bukan mudah menguatkuasa operasi sebegini yang bertujuan mendidik orang awam tentang implikasi-implikasi serta risiko-risiko yang boleh mengundang bahaya sekiranya aspek-aspek keselamatan jalan raya diabaikan. Namun keselamatan diri setiap pegawai & anggota RELA tetap menjadi keutamaan dalam menjalankan tugasan membantu setiap operasi. Justeru itu, diharapkan kehadiran SKUAD 42 (RELA) yang diketuai oleh Kapt. (RELA) Suhaimi Othman menjadi perintis dan kebanggaan pasukan RELA khususnya RELA Negeri Melaka yang sering menjadi perhatian dalam masyarakat kita dewasa ini. Insya AL'lah segala amanat dan tanggungjawab yang diberikan oleh Pihak RELA Negeri & Daerah Melaka Tengah tetap kami sandang di bahu sehingga sekarang.

Rabu, 28 Julai 2010

Taklimat Pengenalan Rela Siri 3/2010




Dalam sasaran mencapai 2.5 juta ahli RELA baru menjelang 2012, selain dari aktiviti pendaftaran ahli yang rancak berjalan sekarang, satu Taklimat Pengenalan RELA Siri 3/2010 telah diadakan pada 17 Julai 2010 (hari sabtu) yang lalu oleh pihak Pejabat RELA Daerah Melaka Tengah di Kompleks Japerun Bachang, Melaka di mana seramai hampir 80 orang telah mengikuti taklimat sehari yang berjalan dengan lancar. Taklimat tersebut diketuai oleh PRD Melaka Tengah Left. Kol (RELA) Musa Bin Aman dengan dibantu 2 orang PPRD beliau dan beberapa orang anggota RELA yang bertugas.

Dengan sessi penerangan, latihan kawat kaki dan taklimat pelbagai topik yang berkaitan perkembangan RELA khususnya displin dan tatacara berpakaian telah diberikan penekanan dan pendedahan sewajarnya bagi setiap orang yang baru menjadi anggota RELA. Turut disentuh mengenai kursus-kursus yang boleh diikuti selepas menghadiri taklimat tersebut, telah mendapat sambutan dan pertanyaan berkaitan kursus yang dianjurkan masa sekarang oleh pihak Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan, Sungai Udang. Maklumbalas yang diterima oleh KPRM Bachang dari para hadirin lebih memfokuskan taklimat sebegini seharusnya dijalankan pada hari cuti iaitu hari ahad agar lebih ramai lagi ahli-ahli baru dapat menyertai aktiviti taklimat tersebut dan memohon agar dapat diadakan satu lagi sessi taklimat selepas hari raya Aidil Fitri memandangkan ramai ahli baru yang tak dapat hadir (masih bekerja) pada taklimat kali ini. Insya AL'lah, perbincangan akan diadakan bagi merealisasikan hasrat ahli-ahli baru khususnya di kawasan Dun Bachang.

Majlis Malam Mesra Untuk Skuad 42 (RELA)





Satu majlis makan malam telah diadakan untuk meraikan Anggota RELA, MKJR, PVR dan Trafik IPD Melaka Tengah yang terlibat dengan Operasi Membenteras Samseng Jalan Raya yang dikenali sebagai SKUAD 42 pada 22 Jun 2010 jam 8.00 malam di Taman Laksamana, Peringgit dengan objektif merapatkan silatulrahim dan hubungan yang lebih baik di kalangan anggota agensi-agensi yang terlibat. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Sjn Mat Jeon mewakili pihak Trafik IPD Melaka Tengah yang mengetuai setiap operasi yang dijalankan sebelum ini.

Dengan konsep bersantai dan berhibur dengan hidangan makanan serta minuman yang disediakan oleh En. Nordin bin Hussin selaku tuan rumah, KPRM Dun Bachang pula mewakili pihak RELA Negeri yang telah dijemput, tetapi tidak dapat hadir di saat akhir atas urusan penting yang tak dapat dielakkan. Majlis tersebut juga bertujuan meraikan hari jadi ke 50 En. nordin yang merupakan salah seorang anggota Skuad 42 yang aktif. Bacaan doa selamat dan penyampaian hadiah telah dibuat pada akhir majlis tersebut. Sungguh meriah dengan riuh-rendah gelak ketawa gelagat telatah mereka yang hadir pada malam itu. Insya AL'lah, satu majlis lain akan dirancangkan untuk penyertaan peringkat pegawai pula dari pelbagai agensi yang banyak memberikan bantuan dan kerjasama yang baik selama ini.

Taklimat Kebakaran & Latihan Kebakaran Siri 1/2010




Untuk memberikan pendedahan kepada Pegawai dan Anggota RELA Dun Bachang, satu aktiviti telah dijalankan dengan kerjasama dari pihak Balai Bomba Jalan Kubu bagi menganjurkan Taklimat Kebakaran & Latihan Asas Kebakaran pada 25 Mei 2010 jam 10.00 pagi di kawasan balai bomba tersebut. Seramai 20 orang anggota telah hadir di mana terdapat 2 sessi iaitu ceramah dan tayangan video berkaitan kebakaran dan latihan memadam api serta peluang menaiki jentera bomba menaiki sky-lift.

Aktiviti tersebut telah diketuai oleh Ketua Jurulatih Bomba Balai Jalan Kubu iaitu En. Mokhtar dengan dibantu beberapa orang ahli bomba yang bertugas masa itu. Amat menarik dan banyak pengetahuan yang dapat ditimba walaupun dalam masa yang terasa singkat sangat. Diharapkan aktiviti tersebut dapat adakan lagi di masa akan datang dengan penyertaan yang lebih ramai dan penyediaan kelengkapan kebakaran yang lebih sempurna lagi. Meskipun pihak RELA Dun Bachang tiada peruntukkan tertentu, namun atas dasar ingin melengkapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan yg berfaedah, aktiviti tersebut berjaya dengan penyediaan makanan, minuman, cenderahati dan t-shirt pada anggota yg terlibat dalam aktiviti tersebut. Tahniah!!

Isnin, 26 Julai 2010

Latihan Asas Kawat Kaki Anggota RELA Bachang 1/2010




Dalam setiap pembarisan anggota RELA, displin asas pergerakan kawat kaki adalah penting! Justeru itu, pendedahan asas latihan kawat telah diadakan pada 28 Mac 2010 di Dewan komplek Japerun Dun Bachang, Melaka melibatkan 20 lebih orang anggota RELA dari pelbagai platun.

Ada anggota yang masih kekok dan keras kaki awalnya, namun tidak mematahkan semangat mereka untuk mempelajarinya dari Jurulatih iaitu Left. (RELA) Mokhtar dan pembantu dari Sungai Udang yang tidak lokek berkongsi pengetahuan beliau. Macam-macam rupa dan reaksi spontan namun ianya mematangkan fikiran dan pengetahuan setiap anggota yang terlibat. CUBA DULU.... BARU TAHU...!!!

Perasmian Pelancaran 1 MALAYSIA Peringkat Negeri Melaka


Pada 4 Februari 2010 lebih kurang jam 9.30 malam, ketibaan Perdana Menteri yang kita sayangi YAB Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak dengan diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka, Ketua Menteri Melaka dan Menteri Penerangan serta tetamu-tetamu VIP hadir di Dataran 1 MALAYSIA, Pantai Kelebang untuk Majlis Perasmian Pelancaran 1 MALAYSIA Peringkat Negeri Melaka bersama-sama ratusan ribuan rakyat jelata yang menantikan saat-saat bersejarah dari awal petang lagi.

Peluang ini tidak dilepaskan oleh Pasukan Petugas Dari Relawan dan Relawati Negeri Melaka untuk menyertai agensi-agensi keselamatan yang lain bagi memastikan aspek-aspek keselamatan majlis tersebut berlangsung dengan meriah dan jayanya. Pasukan RELA Dun Bachang juga menghantar hampir 30 orang anggota dengan diketuai KPRM Bachang bertugas dengan penuh semangat dan berasa bertuah dapat memberikan bantuan apabila diperlukan. Apa yang penting... dapat peluang bertemu dan berjabat tangan dengan para pemimpin utama negara yang menjadi perhatian semua rakyat berbilang bangsa dan agama di masa itu.

1... MALAYSIA!!! 1... MALAYSIA!!! 1... MALAYSIAAAAA!!!!!

Ahad, 25 Julai 2010

Aktiviti Operasi Tegas Bersama IPK Melaka





Dalam operasi RELA yang sering dijalankan, sambutan anggota RELA yang hadir amat baik walaupun elaun buat masa ini tiada peruntukkan disediakan. Namun tugas tetap dipikul selaras dengan ikrar RELA yang pernah diikrarkan dalam kursus-kursus RELA dulu. Gambar ini adalah salah satu dari OPS Tegas yang dijalan bersama IPK Melaka pada 21 Januari 2010. PPRD Melaka Tengah, Tuan Firdaus mengambil taklimat dan dibantu oleh KPRM Bachang bersama anggota-anggota RELA yang lain.

Senario yang dapat dipaparkan ini mengambarkan perlu ada penguatkuasaan berterusan agar gejala PATI dapat dibendung dan dikawal khususnya dalam Daerah Melaka Tengah dewasa ini. Hampir 200 lebih orang diperiksa dan 7 lelaki termasuk 1 perempuan telah ditahan atas masalah Imigresen (Dokumen tiada dan permit tamat tempoh).

Aktiviti Kawalan & Rondaan Kawasan



Untuk membentuk sebuah platun yang aktif dan berdaya maju, aktiviti-aktiviti perlu direncanakan dengan menglibatkan pegawai & anggota Rela bersama-sama melaksanakannya. Justeru itu, KPRM telah menyarankan aktiviti kawalan & rondaan kawasan dihidupkan semula mulai Julai 2009 yang lalu di beberapa kawasan stategik sekitar kawasan Dun Bachang. Macam-macam gelagat dan cara yang agak lucu oleh para anggota yang pertama kali terlibat dalam aktiviti tersebut.

Majlis Doa Selamat & Kesyukuran KPRM




Pada 16 Julai 2009, satu majlis doa selamat dan kesyukuran menjelang kehadiran bulan Ramadan AL- Mubarak dan pembukaan restoran baru telah diadakan oleh KPRM di salah sebuah restoran di Bukit Duyong, Melaka dengan menjemput Ustaz dan Anak-anak Tahfiz dari Sekolah Tahfiz Semabok bagi mengetuai majlis tersebut. Hampir 100 orang hadir termasuk anggota RELA dan kenalan taulan hadir bersama meriahkannya.

Dengan hidangan makanan dan minuman disediakan untuk para tetamu, sumbangan ihsan juga disediakan kepada pelajar-pelajar tahfiz yang sememangnya memerlukan bantuan dan sumbangan khasnya dari orang ramai secara berterusan agar niat murni pelajar-pelajar tersebut berjaya dalam pendidikan Islam tercapai. Mudahan AL'lah berikan kita rezeki yang barakah.

Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri RELA Dun Bachang 2009





Pada 10 Oktober 2009 yang lalu, satu Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Dun Bachang telah diadakan di Bukit Palah di mana YAB Datuk Mat Sirat hadir merasmikan majlis tersebut. Timb. Pengarah RELA Negeri dan Pegawai-Pegawai RELA Daerah Melaka Tengah juga hadir untuk meriahkan lagi majlis yang berlangsung. Ini merupakan kali ke 2 majlis serupa tersebut diadakan. Kerjasama dari semua Ketua Platun Dun Bachang dan penduduk kampung dengan menyediakan persiapan lengkap dan kawalan keselamatan yang baik mendapat pujian dari semua pihak.

Dalam acara majlis tersebut, penyampaian hadiah dan bantuan untuk ibu tunggal, orang cacat dan anak-anak yatim telah disampaikan oleh YAB Datuk Mat Sirat. Jamuan makan telah disediakan dengan diiringi DJ berkaraoke sepanjang acara berjalan. Kemeriah lagi terasa bila ada sessi bergambar dan potongan cek untuk tetamu jemputan. Insya AL'lah pada tahun ini, pihak KPRM Bachang merancang untuk mengadakannya di kawasan lain dalam Dun Bachang. Ucapan TERIMA KASIH buat semua yang terlibat.

Aktiviti Kawalan Pasar Ramadhan di Taman Cempaka





Sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak, tahun 2009 yang lalu, seramai 10 orang RELA telah terlibat dalam kawalan keselamatan di Pasar Ramadhan Taman Cempaka, Peringgit mulai jam 4.00 petang hingga 12 malam selama satu bulan. Julung kali Pasukan RELA Dun Bachang diberikan tanggungjawab oleh JKKK Bukit Palah yg dipengerusikan oleh En. Muzamir di mana tugasan tersebut telah dilaksanakan dengan jayanya.

Kehadiran RELA kali ini mendapat sambutan yang baik dari semua pihak terutamanya para penduduk dan peniaga di Taman Cempaka dan kawasan sekitar. Justeru itu, diharapkan pada tahun 2010, kesenambungan tersebut dapat diteruskan walaupun pihak pengurusan pasar ramadhan telah bertukar.

Sebelum itu, pihak RELA Bachang juga telah diberikan kepercayaan menjalankan kawalan untuk Pasar Tani di Taman Cempaka mulai bulan Jun 2009 hingga sekarang.

Sabtu, 24 Julai 2010

Selama Bersara...KOLONEL (RELA) TUAN HAJI IBRAHIM BIN ABU SAMAH





Gambar-gambar yang diambil sekitar Majlis Persaraan Pengarah RELA Negeri Melaka hujung tahun lepas untuk menghayati detik-detik bersejarah bagi Pegawai dan Anggota RELA yang terasa kehilangannya seorang WIRA yang banyak berbakti dan berjasa dalam menaikkan nama RELA dari dulu, kini dan selamanya...TUAN!!




Kursus Pengenalan RELA Siri 1/2009 telah diadakan di SK Tangga Batu, Melaka di mana hampir 20 orang ahli baru dan lama dari Kawasan Bachang mengikuti kursus tersebut sebagai pendedahan dan pengetahuan asas yang perlu diterapkan di peringkat awal penglibatan dalam aktiviti dan operasi Rela di masa akan datang.

Salam 1 MALAYSIA...

Dalam dunia yg serba mencabar ini, peranan Pegawai & Anggota RELA khususnya di Kawasan Dun Bachang, Melaka dapat memainkan peranan yang penting bagi memupuk kesedaran dan tanggungjawab bersama masyarakat dalam mengembling tenaga dan usaha bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam berkekalan.

Justeru itu, pelbagai aktiviti bercorak sosial dan kemasyarakatan dapat diterapkan secara konsisten dan padu agar ada pautan keseimbangan pembangunan dan pemodenan negara yg kita cintai.. MALAYSIA mencapai wawasan sebagai negara MAJU menjelang tahun 2020. Bagaimanapun disebalik mengejar kemajuan, faktor-faktor seperti jati diri dan ketahanan mental serta fizikal harus ditingkatkan agar tidak mudah ampuh dalam meniti badai-badai kehidupan yang selesa buat masa kini, tiada jaminan kalau kita semua leka ataupun ambil mudah dalam segala perkara, keselamatan dan kehormatan negara kita bisa tergugut DALAM SEKELIP MATA SAHAJA.

Oleh demikian, Marilah Saudara-Saudaraku Dari Berbilang Bangsa Dan Agama!
Kita bersatu padu dan berganding bahu memikul amanat negara dan pemimpin yang kita hormati bagi memastikan tiada anasir-anasir perosak dan subversif wujud dengan selesa di antara kita dengan menyebarkan dakyah SONGSANG serta agenda JAHAT yang seringkali cuba menerapkan rasa irihati dan sifat cemburu di atas kesepakatan dan kehormanian hidup kita bersama hari ini.

Penyakit-penyakit yang kerosakan masyarakat kini seperti maksiat songsang, najis dadah, samseng jalan raya, peragut dayus dan sebagainya.. menjadi Agenda UTAMA kita untuk dilumpuhkan dan dibenteraskan sama sekali dari atas muka bumi Negeri Melaka khususnya, agar anak bini kita boleh hidup dengan aman damai dan dapat menyambung warisan peninggalan usaha yang kita bina sekarang. BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT KATA KERANA MUAFAKAT!!!

Insya AL'lah, moga tuhan memberkati usaha kita ini...

Salam Nukilan dari saya buat seketika.. Kapt.(RELA)Suhaimi Othman